slideshow 1 slideshow 2 slideshow 3

Selamat Datang ke TD POULTRY

Syarikat ini telah ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Syarikat 1965 pada 07hb Ogos 1995 di Kuala Lumpur. Namun TD POULTRY SDN. BHD. menjalankan operasi perniagaan mereka sepenuhnya pada 25hb September 1995 dengan saham syarikat dimiliki oleh Vision Poultry Sdn Bhd sebanyak RM32,481,993.00. TD POULTRY SDN. BHD. berurusan di Kawasan Perindustrian Chendering, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu Darul lman dan ladang ternakan pula di Km 25 ½ Pulau Kerengga, Marang, 21600 Terengganu Darul Iman.

Aktiviti yang dijalankan oleh TD POULTRY SDN. BHD. adalah menternak, memproses, membekal dan menjual ayam daging yang halal dan juga bersih ke seluruh negeri Terengganu. Peniaga-peniaga juga boleh mendapatkan ayam daripada TD POULTRY SDN. BHD.secara borong ataupun secara runcit dan ianya diuruskan oleh pekerja-pekerja mahir yang beragama Islam. TD POULTRY SDN. BHD. membeli dengan pemborong-pemborong dan penternak yang tinggal dikampung untuk memenuhi permintaan pelanggan. Selain dapat membantu golongan yang berpendapatan sederhana. TD POULTRY SDN. BHD. juga mempunyai kedai menjual ayam yang dikenali sebagai Kedai Ayamart dimana ia dibuka pada hari Ahad hingga Sabtu untuk dijual kepada pengguna secara runcit atau borong.

Produk Terbaru